APA ITU ESSENTIAL OILS?
September 11, 2019
Essential Oil telan digunakan sejak beribu tahun dahulu sebagai ubat-ubatan dan kesihatan. Essential Oil mempunyai sifat menyegarkan, menenangkan dan memperbaiki mood yang menyebabkan Essential Oil sangat popular sebagai terapi yang semulajadi, selamat dan berkesan mengikut masalah-masalah tertentu.
Essential Oil adalah bahan organik yang di ekstrak dari tumbuhan. Ia boleh didapati dari bunga, daun, batang, kulit pokok, getah, buah dan akar tumbuhan. Ia adalah bahan yang diketahui dapat memberi manfaat kepada manusia. Minyak yang dihasilkan adalah 100% tulen dan mempunyai jisim molekul yang sangat halus dan memudahkan proses penyerapan.
Essential Oil mempunyai banyak kebaikan dan ianya bukan sahaja digunakan sebagai terapi aromaterapi tetapi juga di dalam bahan-bahan kosmetik, pencuci dan penjagaan diri. Essential Oil bertindak sebagai alternatif kepada ubatan moden dan tiada kesan sampingan jangka panjang.


0 comments